Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY kini didagangkan di sekitar tahap 139.00 mencari peluang untuk meneruskan penurunan harga dalam sesi dagangan yang akan datang. Sila ambil perhatian bahawa graf bar lilin corak "evening star" telah ditubuhkan pada carta harian dan di sekitar rintangan Fibonacci 0.618. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang dengan risiko ditetapkan di sekitar tahap 141.50. Sokongan serta-merta didapati terletak pada tahap 138.00, diikuti oleh tahap 135.00, 133.00, dan lebih rendah. Semnetara rintangan pula dilihat berada pada tahap 141.00, dan diikuti masing-masing oleh tahap 142.00 dan lebih tinggi. Aliran penurunan harga kelihatan telah bersedia untuk terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di bawah 141.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 141.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!