Analisis Teknikal Perak untuk 12 Jun, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Perak kelihatan telah menguji tahap rendah baru-baru ini pada harga $ 15.80 semalam sebelum harga ditarik semula lebih tinggi. Komoditi ini sedang berdagang di sekitar tahap $ 15.93/95 pada masa ini dan menghasilkan grafbar lilin kenaikkan harga bercorak "morning star" pada carta 4H sekali lagi. Sila ambil perhatian bahawa perak telah berjaya kekal berdagang di dalam zon membeli, mengekalkan persediaan kenaikkan harga yang kukuh. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dan juga perhatikan peluang untuk menambah pesanan seterusnya dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 15.30. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 15.60, diikuti dengan tahap $ 15.30 dan lebih tinggi. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 16.25, dan diikuti oleh tahap $ 17.20 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $15.30, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!