Pasangan mata wang GBP/USD ini masih berdagang dalam aliran menaik pada carta harian, sebagaimana pasangan mata wang kini dilihat sedang cuba untuk melakukan penembusan harga di atas SMA 200 sekali lagi kerana ia menghadapi tahap rintangan pada 1.5543. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada zon harga tersebut, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap rintangan yang seterusnya di sekitar tahap 1.5755 dalam jangka masa sederhana. Indikator MACD kini berada di wilayah positif.
Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang kini sedang didagangkan lebih tinggi di atas SMA 200 dan pada tahap sokongan 1.5548, di mana corak harga tinggi yang lebih tinggi pada masa ini sedang terbentuk. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi zon rintangan pada tahap 1.5610, maka harga berpotensi untuk melonjak naik menuju ke arah tahap rintangan 1.5671 pada minggu ini. Walau bagaimanapun, ia boleh membuat beberapa penarikan semula harga sebelum mana-mana kenaikkan harga.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5543 / 1.5755
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5346 / 1.5199
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5610 / 1.5671
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5548 / 1.5502
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5610, take profit di tahap 1.5671, dan stop loss pada tahap 1.5548.