USD/CAD
Pasangan mata wang ini ditutup di bawah 20Wsma untuk minggu kedua berturut-turut untuk kerugia. 20Wsma didapati terletak pada tahap 1.2410. Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang ini telah menutup di bawah 100Dsma dan juga kelihatan seolah-olah akan ditutup pada tahap 1.2415. Tahap-tahap ini telah bertukar menjadi rintangan mingguan pada 1.2415. Aliran menaik perlu menutup di atas tahap 1.2415 untuk mendominasi semula pasaran. "Multi-top" dilihat terletak pada tahap 1.2563 di dalam carta harian. Menjelang mesyuarat FOMC pada hari Rabu, pesanan menjual bukanlah idea yang baik. Saya meminta para pedagang agar menunggu dengan sabar untuk membuka pesanan perdagangan yang baik. Selasa lepas, ramalan telah dibuat pada tahap 1.2250, pasangan mata wang ini telah membuat tahap rendah pada 1.2200. Aliran menaik Dollar berjaya menembusi 100Dema pada asas penutupan. Ini adalah tawaran yang terbaik untuk kenaikan harga setakat ini. Dengan penutupan harian di bawah 100Dema 1.2230, aliran penurunan harga menyasarkan ke arah tahap 1.1970 dan 1.1900.
Hari ini, kami menjangkakan bahawa harga akan bergerak ekstrem menjelang data ekonomi Amerika Syarikat dan Kanada. Jika laporan pembuatan Kanada mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding ramalan, maka aliran penurunan harga akan mensasarkan ke arah tahap 1.2220.
Perdagangan: Pesanan menjual didapati terletak di bawah tahap 1.2300 ke arah tahap 1.2270,1.2255, dan 1.2220.
Pesanan membeli boleh diambil di atas tahap 1.2385 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2420 dan 1.2440.