Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah hampir lima tahun 0.6941 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh dasar kewangan Bank New Zealand yang "dovish", sentimen dolar yang positif, penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan mata wang AUD/NZD mengukuh, penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan mata wang MZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur, dan harga tenusu yang melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh perbezaan kepentingan NZD-USD.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6950. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.690. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7065. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7130 dan sasaran kedua pada tahap 0.7170.
Tahap Rintangan: 0.7130 0.7170 0.7210
Tahap Sokongan: 0.6950 0.69 0.9845