Berdasarkan kepada carta harian, aliran menaik bagi pasangan mata wang GBP/USD masih mengukuh dalam jangka masa ini, sebagaimana harga telah menguji tahap rintangan 1.5898 semasa sesi dagangan semalam. Hari ini kita boleh menjangkakan beberapa pergerakkan mendatar, kerana pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pembentukan corak kenaikan harga. Walau bagaimanapun, penembusan harga pada zon harga ini akan mendorong pasangan GBP/USD untuk menguji zon di sekitar tahap 1.6036.
Semasa sesi dagangan Khamis, pasangan mata wang GBP/USD ini telah ditolak pada tahap rintangan 1.5927. Pada masa ini, pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk mengukuh semula di atas 1.5884. Bagaimanapun, struktur semasa masih memanggil aliran kenaikkan harga, tetapi hakikat untuk perkara ini ialah pasangan GBP/USD akan melakukan beberapa pergerakakn pembetulan yang lebih dalam untuk membetulkan aliran menaik semasa baru-baru ini.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5898 / 1.6036
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5755 / 1.5543
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5884 / 1.5927
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5841 / 1.5789
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5884, take profit di tahap 1.5927, dan stop loss pada tahap 1.5841.