Analisis Teknikal USD/CHF untuk 29 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh selepas mencecah tahap rendah empat bulan 0.9145 pada hari Khamis. Pada Khamis lalu, Bank Negara SWiss telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar deposit pada -0.75% dan mengulangi kenyataan bahawa ia telah bersedia untuk mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk menumpulkan kekuatan mata wang franc Switzerland, yang dikatakan kekal "ketara" terlebih nilai. Pasangan mata wang USD/CHF ini telah disokong oleh sentimen USD yang bertambah baik, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman Bank Negara Swiss untuk melaksanakan campur tangan dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh pelarasan jawatan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan masih berkencenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, Purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9250 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.93. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9145 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9105. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9185.

Tahap Rintangan: 0.9250 0.93 0.9360

Tahap Sokongan: 0.9145 0.9105 0.9065