Analisis Harian GBP/USD untuk 23 Jun, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini telah membuat penarikan semula harga di sekitar tahap rintangan 1.5898, yang mana harga kini sedang mencuba untuk melakukan pembetulan ke arah zon sokongan pada tahap 1.5755. Juga, penembusan harga pada tahap tersebut akan menyebabkan pasangan GBP/USD menguji tahap 1.5543, di mana SMA 200 terletak dalam jangka masa ini. Indikator MACD masih berada di dalam wilayah positif.

Untuk dagangan jangka pendek, pasangan mata wang GBP/USD telah didagangkan mendatar di bawah zon rintangan pada tahap 1.5841. Pasangan mata wang ini diramalkan akan kembali berdagang pada tahap sedikit lebih rendah, seabagimana harga kini sedang menghampiri SMA 200 di dalam carta 1H, iaitu di bawah tahap harga semasa. Walau bagaimanapun, kami masih menjangkakan lantunan semula harga dan ujian harga pada tahap tinggi baru.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5898 / 1.6036

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5755 / 1.5543

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5841 / 1.5884

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5789 / 1.5740

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5841, take profit di tahap 1.5884, dan stop loss pada tahap 1.5796.