Analisis Teknikal Emas untuk 23 Jun, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Emas telah didagangkan kembali ke arah tahap yang lebih rendah $ 1,183.00 semalam sebelum harga ditarik semula lebih tinggi. Emas kini sedang diniagakan di sekitar tahap $ 1,187.00 dan kelihatan sedang mencari untuk bergerak lebih tinggi sehingga mencecah pada tahap tinggi baru dalam sesi dagangan yang akan datang. Kami menjangkakan harga akan menembusi tahap maksimum pada $ 1,215.00 dan $ 1,225.00. Aliran menaik perlu bersedia untuk terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di atas $ 1,171.00. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal berada pada kedudukan membeli dan juga memerhatikan peluang untuk menambah pesanan membeli yang seterusnya pada tahap harga semasa dengan risiko diletakkan pada tahap $ 1,150.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 1,171.00 dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,162.00, $ 1,143.00, dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 1,215.00 diikuti dengan $ 1,231.00 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,150.00, manakala sasaran terbuka.

Semoga berjaya!