Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang meningkat (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 94.32 berbanding 94.06 awal Isnin) selepas kenaikan yang paling kuat dalam tempoh hampir enam tahun sebanyak 5.1% di dalam laproan penjualan rumah sedia ada AS pada bulan Mei (berbanding ramalan + 4.2%), kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 dan purata 15 hari jatuh tetapi Stokastik kini telah beralih kepada kenaikkan harga pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9380 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9420. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9205 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9155. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9250.

Tahap Rintangan: 0.9380 0.9420 0.9460

Tahap Sokongan: 0.9205 0.9155 0.9115