Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan kecenderungan aliran menaik. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang mengukuh, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Pasangan mata wang ini juga telah disokong oleh penjualan mata wang franc sewaktu pasangan AUD/CHF, NZD/CHF, CAD/CHF, GBP/CHF mengukuh, dan sewaktu kemerosotan pasangan mata wang CHF/JPY. Walau bagaimanapun keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh permintaan mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, isyarat parabolic kenaikkan harga "stop-and-reverse" telah ditembusi pada hari Selasa.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9380 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9420. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9205 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9155. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9250.
Tahap Rintangan: 0.9380 0.9420 0.9460
Tahap Sokongan: 0.9205 0.9155 0.9115