Analisis Gelombang Elliott EUR/NZD untuk 25 Jun - 2015

Rumusan Teknikal:

Pembetulan harga daripada tahap 1.6587 masih berlangsung, walau bagaimanapun hanya penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.6143 akan menyatakan bahawa pembetulan harga yang lebih besar kini sedang berlangsung menuju ke arah 1.5650. Ini menandakan bahawa penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 1.6280 dan yang lebih penting penembusan harga di atas tahap rintangan 1.6345 untuk tekanan menaik diperbaharui ke arah tahap 1.6787.

Untuk dagangan jangka masa panjang, kami kini sedang mencari tahap yang lebih tinggi di atas 1.7274 untuk kesinambungan menaik harga ke arah 1.9094.

Cadangan Perdagangan:

Kami mengambil pesanan membeli EUR daripada tahap 1.6300 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.6140. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6280 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.6140.