Analisis Harian GBP/USD untuk 29 Jun, 2014

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD kini sedang didagangkan dengan jurang penurunan harga, selepas pembelian dolar AS secara besar-besaran berikutan masalah ekonomi yang tercetus di Greece. Oleh yang demikian, tahap sokongan 1.5543 dilihat masih kuat dalam tempoh masa ini kerana pada masa ini harga sedang berada pada SMA 200. GBP/USD berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi selepas pergerakkan pembetulan harga.

Pada masa ini, GBP/USD kelihatan sedang menghampiri sokongan kuat yang terletak di sekitar tahap 1.5687 dan, seperti yang dapat kita perhatikan pada carta 1H, pasangan mata wang ini dilihat berpotensi untuk bergerak lebih tinggi dan rintangan didapati terletak pada tahap 1.5740 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Walau bagaimanapun, penembusan harga pada zon sokongan 1.5687 akan membolehkan aliran penurunan harga menguji tahap 1.5650. Indikator MACD kini berada di wilaayh negatif.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5755 / 1.5898

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5543 / 1.5450

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5740 / 1.5789

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5687 / 1.5650

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5740, take profit di tahap 1.5789, dan stop loss pada tahap 1.5693.