Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 01 Julai, 2015

EUR/USD: Instrumen perdagangan mata wang pada masa ini adalah tidak menentu; walaupun pemerhatian yang lebih dekat akan mendedahkan kecenderungan arah aliran dominan adalah menurun. Keadaan ini akan berterusan selagi garis rintangan pada tahap 1.1300 masih mengukuh. Tekanan jualan yang lebih banyak berkemungkinan akan mendorong harga untuk mencapai garis sokongan yang mula-mula diuji pada minggu ini berikutan jurang menurun yang berlaku di pasaran terbuka.

USD/CHF: Perdagangan minggu ini telah dicirikan dengan pertarungan sengit diantara aliran menaik dan aliran menurun dengan keputusan aliran menaik mendapat kelebihan. Harga berpotensi untuk melanjutkan pergerakkan menaik ke tahap yang jauh lebih tinggi, terutamanya apabila pasangan EUR/USD semakin melemah. Harga dilihat berkemungkinan akan menguji tahap rintangan 0.9400 dan 0.9450.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang berdagang dalam aliran mendatar meskipun fakta menyatakna bahawa pasangan mata wang utama yang lain menunjukkan volatiliti pasaran yang tinggi. Harga bergerak mendatar pada minggu ini, walau bagaimanapun harga terikat untuk membuat penembusan harga pada minggu ini atau seterusnya. Sama ada harga akan ditutup di atas wilayah pengedaran 1.5800, atau menutup di bawah wilayah pengumpulan 1.5650. Harga lebih cenderung untuk menutup di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.5650.

USD/JPY: Kelihatan terdapat isyarat menjual pada pasangan mata wang ini. Harga kini sedang diniagakan di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 di bawah tahap 50 menunjukkan Corak Pengesahan penurunan harga nyata di dalam carta. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan menjadi lemah pada bulan ini. Oleh yang demikian, pesanan membeli pada masa ini adalah tidak digalakkan. Sasaran seterusnya untuk aliran menurun adalah pada tahap permintaan 121.50.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini kekal tidak menentu. Walau bagaimanapun, ia kelihatan lebih cenderung untuk berdagang dalam aliran menurun pada minggu ini atau seterusnya. Itulah prospek pasaran.