Analisis Teknikal USDX untuk 07 Julai, 2015

Indeks Dolar AS terus kukuh sebagaimana harga kini sedang cuba untuk menembusi di atas rintangan jangka sederhana pada tahap 96.70-96.80. Harga masih didagangkan dalam aliran menaik jangka pendek dengan tahap harga tinggi yang lebih tinggi dan tahap harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan utama terletak pada tahap 95 sekarang. Oleh yang demikian, selagi harga mengukuh di atas tahap ini, aliran menaik akan kekal mendominasi pasaran.

Garis Biru - garis aliran sokongan

Indeks Dollar Amerika Syarikat kini dilihat sedang berdagang di atas Ichimoku Cloud jangka-pendek dan di atas garis aliran sokongan. Aliran harga adalah menaik. Sokongan jangka-pendek didapati terletak pada tahap 95.80. Manakala rintangan jangka-pendek pula dilihat berada pada tahap 97.

Garis Biru - garis aliran rintangan

Carta mingguan menunjukkan bagaimana graf bar lilin minggu ini sedang cuba membuat penembusan di atas garis aliran rintangan. Sekiranya aliran menaik berjaya menemmbusi di atas rintangan ini, maka aliran menaik Indek dolar berpotensi untuk bergerak sehingga mencapai pada tahap tinggi baru di atas 101. sokongan jangka panjang Kritikal didapati berada pada tahap 93.50. Jika ia berjaya ditembusi, maka kita perlu menjangkakan pembetulan harga ke arah 90.