Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 13 Julai, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat telah melonjak naik melalui tahap 137.00 seperti yang dapat anda perhatikan di sini pada carta 4H. Pasangan mata wang ini juga telah kembali semula berdagang lebih rendah buat masa ini ke arah 136.20/30, bersedia untuk meneruskan perhimpunan ke paras ayunan tertinggi baru pada minggu-minggu yang akan datang. Kenaikkan harga perlu bersedia untuk menolak harga lebih tinggi melalui tahap 139.00/140.00 sehingga harga 133.30/50 tetap utuh. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang dengan menetapkan risiko pada tahap 133.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 133.00 dan diikuti dengan tahap 131.50 dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada 139.00 dan diikuti masing-masing oleh tahap 140.00, 141.00 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 133.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!