Analisis Teknikal Mingguan bagi Pasangan Mata Wang EUR/USD:
Gambaran Keseluruhan:
Adalah perlu diingatkan bahawa tidak ada jurang minggu ini kerana pasangan mata wang EUR/USD telah memulakan dagangan pada harga yang sama dengan harga penutupan minggu lalu. Pada minggu ini, titik pangsi telah ditetapkan pada tahap 1.0951 dan sokongan mingguan 1 dilihat berada pada tahap 1.0705. Oleh itu, pasaran diramalkan berkemungkinan akan menunjukkan peluang kenaikan harga pada tahap 1.0705 dan titik pangsi mingguan akan bertindak sebagai tahap rintangan kecil. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.0828 dan 1.0951. Selepas ini, kawasan harga di atas 1.0828 (di atas 'double bottom' mingguan) perlu meningak lagi dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.0915 untuk menguji rintangan kecil dan seterusnya menuju ke arah tahap 1.3805. Walau bagaimanapun, stop loss perlu diletakkan di bawah tahap sokongan mingguan 1 (1.0705).