Analisis Teknikal Emas untuk 29 Julai, 2015

Harga emas masih didagangkan dalam aliran neutral jangka pendek. Harga kekal berada di atas tahap rendah baru-baru ini, dan kami mendapati bahawa 'head and shoulders' pola songsang telah dibentuk dengan 'neckline' terletak pada tahap $ 1,105.

Garis hijau - unjuran IHS

Garis biru - garis aliran rintangan jangka panjang

Harga emas terus berdagang di bawah Ichimoku cloud dan di bawah garis aliran rintangan menurun condong. Rintangan untuk dagangan jangka pendek didapati terletak di kawasan $ 1,104- $ 1,106 yang mana ia adalah bersamaan dengan kedudukan 'neckline' dan Ichimoku cloud. Semnetara itu, sokongan pula didapati terletak pada tahap $ 1,077.

Garis biru - Penembusan sokongan jangka panjang

Garis merah - unjuran harga

Penembusan harga di bawah garis aliran sokongan jangka panjang telah menghasilkan isyarat menjual penting dengan sasaran terletak berhampiran pada tahap $ 1,000. Harga emas jatuh ke tahap $ 1,077 dan melantun ke arah $ 1,100 sekali lagi. Ini boleh menjadi permulaan untuk harga kembali ke tahap $ 1,130. Penolakan harga pada tahap $ 1,130 atau lebih rendah akan menyatakan kesinambungan aliran menurun yang harus dijangkakan. Para pedagang perlu berhati-hati dengan aliran menurun sebagaimana saya mendapati bahawa terdapat banyak peluang untuk ujian semula harga berlaku.