Analisis Teknikal GBP/USD untuk 03 Ogos, 2015

Laporan data AS yang melemah telah membuka ruang untuk mata wang Pound melonjak naik. "Triple top' telah terbentuk diantara tahap 1.5675 dan 1.5700.

KESAN TERHADAP MATA WANG USD:

Kos pampasan untuk pekerja awam tidak menunjukkan banyak perubahan pada 0.2 peratus, pelarasan bermusim, bagi tempoh 3 bulan berakhir Jun 2015, sebagaimana Biro Statistik Buruh AS melaporkan pada Jumaat lalu.

Perhatian para pedagang pada hari ini diramalkan akan tertumpu kepada laporan PMI, juga laporan pembuatan ISM AS yang dijadualkan akan dikeluarkan.

Gambaran keseluruhan Teknikal:

Mata wang pound sebelum ini telah membentuk siling yang kuat pada tahap 1.5700. Ia telah menembusi garis aliran menaik 3 bulan. Harga kini sedang didagangkan di bawah garis aliran tersebut. Berdasarkan kepada carta empat jam, mata wang pound jatuh di bawah corak penurunan harga H&S.

Perkembangan Kenaikkan Harga - pasangan mata wang ini telah bergerak ke arah tahap rendah yang lebih tinggi dalam carta mingguan. Sokongan didapati terletak di tahap 1.5450. Corak dagangan mingguan dibingkaikan di antara tahap 1.5450 dan 1.5700. Selepas 5 minggu, pasangan mata wang ini akhirnya menutup di atas 50Wsma. Sekiranya carta harian menutup di atas tahap 1.5700, maka aliran kenaikkan harga diramalkan akan mensasarkan ke arah tahap 1.5780 dalam satu atau dua hari lagi.

Purata pergerakkan - 20 & 50Dsma didapati terletak di tahap 1.5550, 100Dema pada tahap 1.5470, 200Dsma pada 1.5400, 20Wsma pada 1.5380, dan 100Dsma pada 1.5320.

Urusniaga harian - Rintangan urusniaga harian masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.5650, 1.5675 dan 1.5700. Sementara sokongan pula didapati terletak pada tahap 1.5600, 1.5580 dan 1.5560.

Belian urusniaga harian berkemungkinan akan berlaku di sekitar sl 1.5580 dengan sasaran masing-masing pada tahap 1.5640, 1.5670 dan 1.5690. Momentum yang kuat dijangkakan di atas 1.5700.

Pesanan menjual boleh didapati di bawah tahap 1.5580 dengan sasaran terletak pada tahap 1.5560, 1.5550 dan 1.5540 mulanya, dan harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.5490 dan 1.5470 kemudianya. Pesanan jualan akan dipercepatkan hanya di bawah tahap 1.5530 dan aliran harga berkemungkinan akan berubah di bawah tahap 1.5440.

Setiap kali mata wang Pound menyentuh tahap 1.5675 dan 1.5700, maka harga akan mencecah tahap rendah yang lebih rendah di sekitar 1.5530 dan 1.5467 kemudianya. Kali ini, kita boleh mensasarkan tahap 1.5450 atau 1.5410.

Penutupan harian di atas tahap 1.5700 berkemungkinan akan membolehkan aliran menaik bergerak ke arah tahap 1.5780 dalam tempoh satu atau dua hari.