Analisis Teknikal GBP/USD untuk 04 Ogos, 2015

Laporan PMI Pembuatan UK gagal untuk menyokong mata wang pound, memadamkan keuntungan hari Jumaat. 'Triple top' terbentuk di antara tahap 1.5675 dan 1.5700.

KESAN TERHADAP MATA WANG GBP:

Bacaan untuk Sektor perkilangan UK kekal melemah untuk suku ketiga. Meskipun pelarasan bermusim Indeks Markit/CIPS Pembelian Pengurus meningkat sedikit kepada 51.9 pada bulan Julai berbanding 26 bulan rendah 51.4 pada bulan Jun, ia kekal di bawah purata untuk turutan semasa pertumbuhan yang bermula pada bulan April, 2013 (54.3).

KESAN TERHADAP MATA WANG USD:

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkilangan berkembang pada bulan Julai untuk bulan ke-31 berturut-turut, dan ekonomi secara keseluruhan menunjukkan peningkatan untuk bulan ke-74 berturut-turut, menurut eksekutif bekalan negara.

Gambaran Keseluruhan: Mata wang pound sebelum ini telah membentuk siling yang kuat pada tahap 1.5700. Ia telah menembusi garis aliran menaik 3 bulan. Harga kini sedang didagangkan di bawah garis aliran tersebut. Berdasarkan kepada carta empat jam, mata wang pound jatuh di bawah corak penurunan harga H&S.

Perkembangan Kenaikkan Harga - pasangan mata wang ini telah bergerak ke arah tahap rendah yang lebih tinggi dalam carta mingguan. Sokongan didapati terletak di tahap 1.5450. Corak dagangan mingguan dibingkaikan di antara tahap 1.5450 dan 1.5700. Selepas 5 minggu, pasangan mata wang ini akhirnya menutup di atas 50Wsma. Sekiranya carta harian menutup di atas tahap 1.5700, maka aliran kenaikkan harga diramalkan akan mensasarkan ke arah tahap 1.5780 dalam satu atau dua hari lagi.

Purata pergerakkan - 20 & 50Dsma didapati terletak di tahap 1.5550, 100Dema pada tahap 1.5470, 200Dsma pada 1.5400, 20Wsma pada 1.5380, dan 100Dsma pada 1.5320.

Urusniaga harian - Rintangan urusniaga harian masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.5600, 1.5620, dan 1.5650. Sementara sokongan pula didapati terletak pada tahap 1.5580, 1.5560, dan 1.5550.

Pesanan jualan boleh didapati di bawah tahap 1.5550 dengan sasaran awal terletak pada tahap 1.5530, 1.5490 dan kemudianya pada tahap 1.5470. Jualan dijangkakan akan dilanjutkan hanya dibawah tahap 1.5530 dan aliran harga akan berubah di bawah tahap 1.5440.

Apabila mata wang Pound menyentuh tahap 1.5675 dan 1.5700, maka harga akan mencecah tahap rendah yang lebih rendah. Kali ini, kita boleh mensasarkan tahap 1.5450 atau 1.5410. Penutupan harian di atas tahap 1.5700 berkemungkinan akan membolehkan aliran menaik bergerak ke arah tahap 1.5780 dalam tempoh satu atau dua hari.