Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Ogos, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah bergerak sedikit lebih rendah semalam, menjana isyarat penurunan harga di pasaran. Terdapat kemungkinan bahawa garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0900 akan diuji samada pada hari ini atau esok (ia juga mungkin untuk ditembusi ke arah bawah). Tindakan harga menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini masih mempunyai banyak ruang untuk bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat telah bergerak sedikit lebih tinggi semalam, menjana isyarat kenaikkan harga di pasaran. Tahap rintangan yang terletak pada tahap 0.9700 telah pun diuji pada minggi lalu tanpa harga menembusinya untuk aliran menaik. Harga kini berada begitu hampir dengan tahap rintangan, dengan tekanan belian berterusan, mungkin di atasnya. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menandakan pengakhiran untuk gambaran kenaikan harga, kerana harga harus pergi lebih jauh ke atas untuk mengesahkan kecenderungan kenaikkan harga.

GBP/USD: Volatiliti pasaran pada masa ini adalah tinggi, aliran menaik atau menurun tidak mendapat kelebihan. Sama ada harga akan menembusi di atas wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5650 atau menemubusi di bawah wilayah pengumpulan di tahap 1.5550. Penembusan harga ke arah yang lebih rendah adalah lebih berkemungkinan.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY bergerak mendatar sehingga kini diantara tahap bekalan 124.50 dan tahap permintaan 123.00. Ini menunjukkan bahawa pasaran sedang mengukuh, dan oleh itu, diramalkan akan terdapat penembusan menaik atau menurun tidak lama lagi. Untuk menamatkan pengukuhan harga semasa, pasangan mata wang ini perlu menembusi di atas tahap bekalan pada 124.50 atau di bawah tahap permintaan pada 123.00.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini masih dicirikan dengan volatiliti pasaran yang tinggi, berayun lebih tinggi dan lebih rendah dalam konteks aliran menaik(ia kini menjadi sedikit tidak menentu). Zon bekalan yang terletak pada tahap 137.50 dan 138.00 berpotensi untuk diuji pada minggu ini, juga zon permintaan di sekitar tahap 135.50 dan 135.00. Pergerakkan harga dibawah zon permintaan berpotensi untuk mendorong kecenderungan penurunan harga.