Analisis teknikal bagi EUR/JPY untuk 4 Ogos 2015

Gambaran am untuk 04/08/2015 08:40 CET

Pasaran bergerak seperti yang dijangkakan akan menguji sokongan urusniaga harian pada tahap 135.53.Ketika ini,tahap 135.90 sedang diuji daripada arah bawah dan garisan saluran hitam putus-putus merupakan rintangan dinamik yang penting hari ini.Progres gelombang penurunan tidak kelihatan seperti sudah selesai dan sasaran unjuran masih lagi pada gelombang coklat Y pada tahap 135.15.

Sokongan/Rintangan:

136.91 - WR1

136.24 - Pivot Mingguan

135.90 - Rintangan Urusniaga Harian

135.53 - Sokongan Urusniaga Harian (kuat)

135.15 - WS1

134.42 - WS2

Cadangan perdagangan:

Semalam,pesanan jual mencecah tahap TP dan ia kelihatan seperti pasaran mungkin memberikan pedagang satu lagi peluang untuk membuka pesanan jual yang sama semula:kemasukkan jual dilihat pada tahap 135.90 dengan SL terletak atas tahap tersebut dan TP pada tahap 135.51.