Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Ogos, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD adalah sangat tidak menentu buat masa sekarang, walau bagaimanapun pasaran kekal melemah. Melainkan sekiranya garis rintangan pada tahap 1.1000 ini berjaya ditembusi untuk aliran menaik, maka gambaran penurunan harga akan menjadi sah. Harga berpotensi untuk jatuh ke tahap yang lebih rendah lagi, menguji garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0850. Tahap sokongan telah diuji pada minggu ini; dan harga perlu menembusi ke tahap lebih rendah, oleh yang demikian kesinambungan aliran penurunan harga dapat diteruskan.

USD/CHF: Di antara pasangan mata wang utama yang lain, pasangan mata wang USD/CHF adalah merupakan salah satu daripada beberapa instrumen perdagangan mata wang yang bergerak dengan arah aliran yang boleh dijangka pada minggu ini. Harga melonjak naik dengan ketara dan hampir menguji tahap rintangan yang terletak pada 0.9850. Pergerakan harga ini dianggarkan lebih kurang 200 pip, dan harga berkemungkinan akan menembusi tahap rintangan menaik minggu ini atau minggu hadapan.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah mengukuh untuk penurunan harga pada Khamis lalum menghasilkan isyarat 'menjual' di pasaran. Isyarat 'menjual' akan menjadi lebih kuat sebaik sahaja wilayah pengumpulan pada tahap 1.5450 diuji. Menurut kepada tindakan harga yang berterusan dalam pasaran, adalah tidak logik untuk perdagangan membeli buat masa sekarang, kerana terdapat satu petunjuk yang melemah di pasaran.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY kelihatan telah gagal untuk menembusi bekalan yang terletak pada tahap 125.00 untuk aliran menaik, dan ia kelihatan seolah-olah akan bergerak ke fasa keseimbangan semula. Walau bagaimanapun, prospek bagi pasangan mata wang ini kekal menaik kerana harga mungkin tidak akan melemah sehingga tahap permintaan 123.5 ini ditembusi untuk aliran penurunan harga.

EUR/JPY: Pasangan mata wang kini sedang menunjukkan kecenderungan untuk bergerak menaik lebih tinggi - walaupun keadaan rumit. Mana-mana pergerakan harga di atas zon bekalan pada tahap 137.00 akan menandalan bahawa EMA 11 sudah berada di atas EMA 56; manakala tempoh RSI 14 akan pergi di atas tahap 50. Pada masa itu, diramalkan akan terdapat Corak Pengesahan kenaikkan harga di pasaran.