Analisis Teknikal USDX untuk 07 Ogos, 2015

Indeks dolar Amerika Syarikat kekal didagangkan dalam aliran menaik jangka pendek, walau bagaimanapun ia telah memberikan beberapa isyarat membimbangkan yang menyatakan bahawa pembalikan harga berpotensi sebagaimana harga gagal menolak di atas tahap rintangan 98.20-98.30. Harga ditolak sekali lagi di kawasan rintangan tetapi buat masa ini penarikan semula harga adalah cetek dan gagal menembusi sokongan jangka pendek yang terletak di tahap 97.15.

Garis merah - rintangan

Garis hijau - Sokongan

Harga kini berdagang di atas Ichimoku Cloud dan menguji sokongan Kijun sen (penunjuk kuning). Sokongan jangka pendek adalah pada tahap rendah baru-baru ini pada 97.65, oleh yang demikian penembusan harga di bawah tahap ini akan membolehkan harga menolak ke arah sokongan cloud pada tahap 97.15. Sokongan kritikal untuk aliran menaik jangka sederhana adalah pada garis aliran sokongan hijau 96.70.

Garis merah - rintangan

Garis hijau - Sokongan

Indeks dolar Amerika Syarikat masih berdagang di dalam corak segi tiga. Berikutan pengumuman laporan NFP di Amerika Syarikat pada hari ini, maka kita perlu menjangkakan sedikit peningkatan dalam volatiliti untuk membantu harga menembusi di atas atau ditolak dan seterusnya menolak harga ke arah garis aliran sokongan hijau. Sokongan mingguan ditemui terletak pada tahap 96.70; dan sokongan yang seterusnya pada tahap 95.90. Strategi terbaik adalah menunggu sehingga pengumuman senarai gaji bukan perladangan sebelum membuka posisi.