Indeks Dollar didagangkan dalam aliran yang sangat tidak menentu pada Jumaat. Hanya sebelum dan selepas pengumuman NFP, volatiliti meningkat sepertimana kita menyaksikan penurunan yang dalam terhadap sokongan jangka pendek pada tahap 97.60 dan kemudian berpindah ke tahap tinggi jangka pendek baru yang terletak di atas tahap 98.20. Walau bagaimanapun, isyarat pada penguhujung hari tidak memihak kepada kenaikkan Dolar.
Garis merah - rintangan
Garis hijau - Sokongan
Indeks Dollar masih didagangkan diantara kedua-dua garis aliran seperti yang ditunjukkan pada carta di atas. Meskipun harga kekal di atas Ichimoku cloud (yang merupakan petunjuk kenaikkan harga), penembusan harga palsu yang kita lihat pada hari Jumaat bukanlah petanda yang baik untuk kenaikan harga Dollar. Penembusan harga palsu ini berkemungkinan akan menjadi permulaan aliran pembalikan besar kepada aliran menurun. Ini akan disahkan apabila dan jika harga berjaya menembusi garis aliran menaik condong hijau dan jatuh di bawah Ichimoku cloud.
Garis merah - garis aliran rintangan mingguan
Garis hijau - garis aliran sokongan mingguan
Carta mingguan dalam indeks Dollar menunjukkan bagaimana harga perlu ditolak lagi di sempadan segitiga atas. Walau bagaimanapun harga kekal berdagang di atas Kijun sen mingguan (indikator kuning) Aliran menaik masih mendominasi aliran dagangan jangka pendek selagi harga berada di atas tahap 96.80. Walau bagaimanapun, harga juga dililat telah terperangkap di dalam corak segi tiga dan aliran penurunan bahaya ke arah sempadan segitiga yang lebih rendah pada tahap 95-94.50. Arah aliran keseluruhan jangka panjang adalah neutral selagi harga berdagang di dalam segi tiga. Pedagang jangka pendek boleh mengambil kesempatan pada sempadan segitiga untuk dagangan jangka pendek.