Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Selepas sesi dagangan yang tidak menentu pada Jumaat lalu, pasangan mata wang kini dilihat sedang memulakan pergerakkan mendatar di atas tahap sokongan utama yang terletak pada tahap 192.50. Kedua-dua tempoh urusniaga harian 20- dan 50- telah menyediakan sokongan buat masa sekarang. Sementara urusniaga harian RSI kekal berada di atas tahap 50. Kesinambungan kenaikkan harga adalah dijangka dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan ditetapkan pada tahap tinggi 7 Ogos 193.75 pada mulanya. Penembusan harga di atas tahap ini akan memanggil harga untuk memperkukuhkan lagi pergerakkan menaik ke arah 194.25, berkemungkinan. Hanya penembusan harga di bawah sokongan mendatar pada tahap 195.50 akan membuka jalan untuk penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap rendah 7 Ogos 191.95 pada mulanya
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 193.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 194.25. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 191.95. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 191.45. Titik pangsi terletak pada tahap 192.50.
Tahap Rintangan: 193.75 194.25 195
Tahap Sokongan: 191.95 191.45 190.75