Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 11 Ogos, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik pada hari Isnin, mewujudkan isyarat 'membeli' di pasaran. Harga pada masa ini sedang didagangkan di atas garis sokongan pada tahap 1.1000, dan mana ia berpotensi untuk mencapai hingga ke garis rintangan pada tahap 1.1100. Gambaran kenaikkan harga kekal sah selagi mata wang USD melemah.

USD/CHF: Ia adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, kedua-dua pasangan mata wang USD/CHF dan EUR/USD kini dilihat sedang cuba untuk pergi ke arah atas pada masa yang sama. Berdasarkan kepada sifat pasangan mata wang ini, kedua-dua pasangan perlu pergi dalam arah aliran harga yang bertentangan. Oleh itu, pasangan USD/CHF berkemungkinan akan bergerak dalam aliran menurun pada hari ini, sementara pasangan EUR/USD pula meneruskan aliran menaik.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini didagangkan dalam aliran menaik, lebih 100 pips pada hari Isnin, menguji wilayah pengedaran yang terletak di tahap 1.5600. Sekiranya wilayah pengedaran ini berjaya ditembusi, maka sasaran seterusnya adalah pada wilayah pengedaran di tahap 1.5700. Sementara itu, didapati terdapat wilayah pengumpulan pada tahap 1.5550 dan 1.5500.

USD/JPY: Ia masih sah untuk mempertimbangkan instrumen perdagangan mata wang ini berdagang dalam pasaran menaik, walaupun kelihatan tidak terdapat banyak pergerakan pada Isnin. Tindakan harga dalam pasaran menunjukkan bahawa aliran menaik akan menolak harga ke tahap yang lebih tinggi lagi.

EUR/JPY: Sama seperti pasangan mata wang EUR/USD, EUR/JPY juga telah didagangkan dalam aliran menaik pada Isnin. Pergerakan menaik sebanyak 120 pips adalah cukup kuat untuk membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan harga yang jelas di pasaran. Harga berpotensi untuk mencapai zon bekalan yang terletak di tahap 137.50 (dan kemudian, zon bekalan seterusnya pada tahap 138.00). Tidak akan terdapat sebarang ancaman terhadap kecenderungan kenaikkan harga selagi ia kekal berdagang di atas zon permintaan pada tahap 136.00.