EUR/USD: Kini terdapat isyarat kenaikkan harga yang jelas pada pasangan mata wang ini, kerana berita positif dari zon Euro telah mendorong dagangan pasangan mata wang ini. Hari ini atau esok, ia adalah mungkin untuk kenaikan harga mencapai garis rintangan pada tahap 1.1100 dan 1.1150. Terdapat garis sokongan pada tahap 1.0950 dan 1.0900, yang sepatutnya menghalang percubaan penurunan harga di sepanjang kenaikkan harga.
USD/CHF: Ia adalah menarik untuk diperhatikan bahawa kedua-dua pasangan mata wang; USD/CHF dan EUR/USD kini dilihat sedang cuba untuk bergerak dalam aliran menaik pada masa yang sama. Merujuk kepada sifat pasangan mata wang ini, kedua-dua pasangan ini perlu bergerak dalam arah aliran yang bertentangan. Tahap rintangan pada 0.9900 kini sedang diuji. Melainkan sekirnaya USD kehilangan stamina, maka rintangan aka ditembusi untuk aliran menaik.
GBP/USD: Meskipun pasangan mata wang ini bergerak menaik dengan kukuh sebelum gerakan mendatar semasa, cubaan kenaikkan harga tidak memberikan pandangan yang kurang memberangsangkan baru-baru ini benar-benar tidak sah. Wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5600 telah diuji berulang kali. Sekiranya harga menembusi untuk aliran menaik, maka harga diramalkan akan pergi ke arah wilayah pengedaran seterusnya pada tahap 1.5650. Sekiranya ini berlaku, ia akan membawa kepada isyarat kenaikkan harga baru.
USD/JPY: Menariknya, pasangan mata wang USD/JPY ini juga didagankan dalam aliran menaik, walau bagaimanapun ia tidak sekuat pasangan mata wang EUR/JPY. Harga telah berpindah di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di atas tahap 50. Tahap permintaan pada 125.00 telah dicapai, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga adalah tahap bekalan 125.50.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah didagangkan dalam aliran menaik, melebihi 200 pips pada minggu ini. Harga kini didagangkan atas zon permintaan pada tahap 138.00, mensasarkan zon bekalan pada tahap 139.00. Kini terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan harga yang kuat pada carta. Melainkan jika mata wang Yen mendapat sejumlah besar stamina, maka pasangan mata wang ini akan terus bergerak dalam aliran menaik.