Beberapa bulan yang lalu, pasaran telah ditolak atas zon utama mingguan sekitar 1.5550 dalam cubaan untuk mencecah kawasan sekitar 1.5900,yang menyediakan bukti bekalan bagi pasangan GBP/USD.
Seperti yang dijangkakan,penarikkan balik penurunan ke arah tahap 1.5550 berlaku.Penembusan penurunan bawah 1.5500 berlaku dua minggu lalu.
Minggu lepas,tekanan penurunan yang kuat dikenakan kepada tahap 1.5550 semula.Ianya telah ditembusi secara sementara sehingga minggu lepas apabila pemulihan kenaikkan ditunjukkan.
Isyarat yang bertentangan muncul daripada graf mingguan yang berturut-turut.Ini menandakan kekurangan momentum kenaikkan atas 1.5500.
Penutupan graf mingguan sebelumnya atas tahap 1.5500 telah menghalang penurunan selanjutnya dan meningkatkan arah kenaikkan pada pasaran ke arah 1.5680 (ketinggian mingguan sebelumnya).
Destinasi kenaikkan harga yang seterusnya akan ditempatkan pada tahap 1.5770 (tahap Fibonacci 61.8%).
Sementara itu, graf mingguan semasa perlu diperhatikan pada akhir minggu untuk menentukan sama ada mingguan akan menutup di atas tahap 1.5500 atau lebih rendah.
Tahap permintaan yang paling hampir yang terletak di sekitar 1.5200 akan terdedah hanya sekiranya aliran penurunan harga pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya membawa harga pasaran berdagang di bawah tahap 1.5500 sekali lagi.
Sebelumnya, zon harga pada tahap 1.5800-1.5880 telah bertindak sebagai bekalan yang ketara. Ianya menyediakan kemasukkan jual yang sah beberapa minggu lalu.Semua tahap T/P telah berjaya ditembusi.
Sebaliknya,tahap 1.5550,yang sepadan kepada 50% tahap Fibonacci dan tahap tinggi sebelumnya yang menonjol,telah ditembusi membolehkan penurunan selanjutnya ke arah 1.5350 dimana dasar kenaikkan berjaya diwujudkan baru-baru ini.
Minggu lepas,aksi kenaikkan harga yang kuat berjaya ditunjukkan.Penarikkan balik kenaikkan ke arah 1.5600 berlaku.Tahap 1.5550 telah dicecah ketika penyatuan minggu lepas.
Walau bagaimanapun, graf Khamis menjadi penyelubungan penurunan harga, yang meningkatkan arah penurunan pada pasaran sekali lagi.
Tahap 1.5500 akan menjadi tahap yang ketara perlu diperhatikan. Ia bersamaan dengan garis kenaikkan jangka masa pendek yang ditunjukkan pada carta.
Walau bagaimanapun, bukti tekanan kenaikkan dikenakan pada 1.5450 pada Isnin.Graf penyelubungan kenaikkan harian ditunjukkan pada akhir hari.
Tahap bekalan seterusnya untuk bertemu pasangan GBP/USD didapati terletak di sekitar tahap harga 1.5660 (Ketinggian Pelbagai Hari) dan 1.5770 (tahap bekalan yang menonjol) dimana reaksi harga harus dieprhatikan.
Sementara itu, senario penurunan harga ke arah tahap 1.5470 dan 1.5370 perlu diambil kira hanya jika penurunan GBP/USD berjaya ditolak di bawah tahap 1.5500 sekali lagi.