Gambaran makro global 18/08/2015

Gambaran makro global 18/08/2015:

Satu lagi set data dari UK dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini jam 08:30 GMT diantaranya indeks harga pengguna, teras CPI, indeks harga runcit, dan PPI input/output. Kesemua data ekonomi ini berpotensi untuk mempengaruhi gambaran inflasi untuk sepanjang tahun ini kerana inflasi UK kini telah menghampiri sifar (deflasi pendek pada April 2015). Teras inflasi masih baik di bawah 2% dan kebanyakan daripada ini dapat dijelaskan oleh kejatuhan mendadak dalam harga tenaga (positif bagi ekonomi). Indeks harga pengguna dijangkakan akan mencatatkan bacaan yang lebih rendah daripada bacaan sebelumnya: -0.3% m/m; 0.0% y/y berbanding 0.0% m/m; 0.0% y/y. Selain itu, Teras IHP dijangka pada tahap 0.8% y/y, selaras dengan anggaran kasar. Ini bermakna harga tidak meningkat pada bulan Julai, namun penurunan yang mendadak pada baru-baru ini dalam harga komoditi berkemungkinan akan menjadikan perkara ini lebih rumit. Oleh yang demikian, jangkaan inflasi pada bulan-bulan yang akan datang masih kekal di bawah tekanan menurun.

Gambar teknikal bagi pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan satu lagi penolakan harga yang jelas pada penembusan zon permintaan utama dan penurunan ke arah garis aliran emas. Mana-mana penembusan harga di atas tahap 1.5689 adalah kenaikkan harga, wlaau bagaimanapun selepas harga menguji zon lapan kali pada bulan lalu, pasangan GBP/USD ini berkemungkinan akan jatuh ke arah tahap sokongan yang lebih rendah.