Gambaran makro Global untuk 20/08/2015

Gambaran makro Global untuk 20/08/2015:

Laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa sebahagian besar ahli Fed telah memihak kepada kenaikan kadar faedah jangka pendek; Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi yang mewajarkan kenaikan masih belum ditemui lagi. Kemungkinan untuk kenaikkan kadar September segera menurun daripada 50% kepada 40% dan tempoh seterusnya untuk keputusan ini berkemungkinan adalah pada bulan Disember. Selain itu, minit mesyuarat juga mendedahkan bahawa kebanyakan ahli ingin melihat lebih banyak bukti untuk kenaikan kadar seamsa keadaan ekonomi yang bertambah baik, kadar pengangguran yang lebih rendah dan inflasi yang semakin meningkat dengan sasaran 2%. oleh yang demikian, ia kelihatan seperti Fed meneruskan pendekatan yang tipikal"tunggu dan lihat" berkenaan dengan kenaikan kadar dan ia tidak kelihatan seperti sesuatu yang akan berubah dalam masa terdekat ini.

Dalam reaksi pengumuman laporan minit mesyuarat, indeks dolar AS DXY telah jatuh dengan mendadak selepas harga gagal untuk menguji garis arah aliran emas dan harga kini dilihat sedang perlahan-lahan menghampiri sokongan yang terletak pada tahap 95.91.