Analisis Harian GBP/JPY untuk 24 Ogos, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Berdasarkan kepada carta 4H yang dinyatakan, kejatuhan harga bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dilanjutkan sehingga ke tahap 188.42 sehingga hari ini dan kecenderungan utama bagi urusniaga harian kekal menurun. Kejatuhan daripada tahap harga 195.26 dilihat sebagai permulaan bagi corak segitiga penyatuan daripada tahap 195.86. Penurunan harga ini akan menyasarkan ke tahap sokongan 184.95 dan lebih rendah. Kami akan mencari sokongan kuat di sekitar penarikan semula 61.8% pada tahap 174.86 hingga 195.86 pada 182.88 untuk menghalang aliran penurunan harga dan membawa kepada lantunan semula harga. Sementara itu, aliran menaik daripada tahap 116.83 masih dijalankan dan akan menyasarkan kepada penarikan semula 61.8% yang terletak pada tahap 251.09 hingga 116.83 pada tahap 199.80, yang terletak berhampiran dengan paras psikologi 200. Momentum jangka sederhana tidak terlalu meyakinkan dengan situasi perbezaan penurunan harga di mingguan MACD. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam 'topping' jangka sederhana sekitar 200 dan membawa kepada pembetulan harga yang dalam. Sementara itu, penembusan harga pada tahap 174.86 akan mencadangkan bahawa aliran harga telah diterbalikkan lebih awal daripada yang kita jangkakan.

Pangsi Harian: (S1) 190.62; (P) 192.19; (R1) 193.05;