Analisis Harian USDX untuk 25 Ogos, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, Indeks USDX kini dilihat sedang mencari bahagian dasar yang kukuh di sekitar tahap 93.00. SMA 200 terletak begitu hampir di atas zon tersebut. Kita harus mengambil langkah semasa sebagai aliran pembetulan harga yang memihak kepada arah aliran menaik jangka panjang keseluruhan. Walau bagaimanapun, ia akan terbatal apabila harga bergerak di bawah tahap psikologi 89.00.

Indeks dolar dilihat masih menyokong kecenderungan penurunan harga pada carta 1H dengan pembentukan corak harga rendah yang lebih rendah di atas tahap 93.18, di mana zon sokongan terletak. Penolakan harga yang lebih rendah berpotensi untuk dilanjutkan pada waktu dagangan yang akan datang sebagaimana Indeks USDX masih melemah dalam tinjauan dagangan jangka pendek, walau bagaimanapun pembetulan harga diramal akan berlaku tidak lama lagi. Indikator kini sedang memasuki wilayah positif.

Tahap Rintangan Carta Harian: 93.71/ 94.59

Tahap Sokongan Carta Harian: 93.00 / 91.70

Tahap Rintangan Carta 1H: 93.78 / 94.39

Tahap Sokongan Carta 1H: 93.18 / 92.73

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 93.18, take profit di tahap 92.73, dan stop loss pada tahap 93.62.