Gambaran makro global untuk 25/08/2015

Gambaran makro global untuk 25/08/2015:

Seluruh pasaran global hari ini dilihat melemah pada semalam dan panik semata-mata kini telah bermula di China dalam sekelip mata. Indeks saham China menurun sebanyak 8% dalam tempoh satu hari, mendorong kepada kenaikkan dalam rekod turun naik (diukur oleh Indeks Turun Naik Pasaran CBOE - VIX). Selepas pasaran dibuka, pasaran ekuiti EU telah menjunam turun bersama-sama dengan pasaran AS pada hari berikutnya. Pada pendapat saya, terdapat dua punca utama seperti pergerakkan harga dalam pasaran saham global: kebimbangan global mengenai pertumbuhan ekonomi global yang lembap adalah merupakan faktor penyumbang kepada kejatuhan harga pasaran dan situasi kecairan pasaran wang tunai yang lemah (musim cuti) penyebab kepada kenaikkan harga secara mendadak dan tanpa diduga.

SPY (S&P500 ETF) bergerak terus menuju ke wilayah menurun semalam dan walaupun pada hakikatnya ia cuba untuk menyatu kembali untuk merapatkan jurang yang kurang memberangsangkan, sentimen negatif telah mengatasi kesemua percubaan kenaikkan harga untuk berdagang lebih tinggi. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana penutupan harga di bawah zon permintaan pada tahap 181.95-188.40 adalah sangat melemah.