Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Ogos, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan melantun semula. Saham AS mencatatkan lantunan semula yang ketara dalam tempoh sekelip mata, dengan Dow Jones Industrial Average melonjak tinggi hampir 4% kepada 16285, S&P 500 meningkat 3.9% kepada 1940, dan Nasdaq Komposit juga mencatatkan kenaikkan 4.2% kepada 4697. Minyak mentah merosot 1.8% kepada $ 38.60 setong, emas jatuh 1.3% kepada $ 1.125 auns, dan hasil Perbendaharaan 10 tahun terus meningkat kepada 2.172% berbanding 2.133% pada sesi dagangan sebelumnya. Dolar AS terus mengukuh berbanding mata wang utama yang lain selepas kerajaan AS melaporkan bahawa barangan pembuatan tahan lama meningkat 2% MoM pada bulan Julai (berbanding ramalan + 0.1%) dan semakan pesanan bagi bulan Jun merekodkan sedikit peningkatan 4.1% daripada 3.4%. Pasangan mata wang EUR/USD jatuh ke tahap terendah 1.1290, tahap terrendah GBP/USD pada 1.5450, sementara USD/JPY melonjak naik sehingga 120.36. Sementara itu, USD/JPY kekal didagangkan dalam aliran menaik dan disokong oleh kedua-dua purata pergerakkan tempoh urusniaga harian 20- dan 50-(MAS). RSI urusniaga harian dengan baik diarahkan di dalam kawasan membeli antara tahap 50 dan 70. Selagi 118.95 kekal bertindak sebagai tahap sokongan utama, pasangan mata wang ini diramalkan akan melantun semula ke tahap sasaran menaik pertama pada 120.70 (Tahap rintangan telah dibentuk sebelum kejatuhan harga 24 Ogos) adalah dijangka.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.70. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 121.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 118.95. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 118.20 dan sasaran kedua pada tahap 117.

Tahap Rintangan: 120.70 121.30 122.35 123

Tahap Sokongan: 118.20 117 116.20