Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 September, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD kini didagangkan dalam dagangan jangka masa panjang pada 1 September 2015.

Rintangan akan ditetapkan pada tahap 0.6447. Tahap 0.6447 ini adalah bersamaan dengan nisbah 38.2% tahap Penarikan semula Fibonacci. Oleh yang demikian, pergerakan penurunan harga berkemungkinan akan menjadi lebih rendah daripada tahap 0.6447 dengan sasaran terletak pada tahap 0.6323. Selain itu, pasaran akan membawa harga bergerak lebih rendah lagi ke tahap 0.6250 minggu ini untuk menunjukkan pergerakan pemulihan pada tahap harga ini. Sementara itu, carta harian mewakili sokongan padu pada tahap 0.6246. Walau bagaimanapun, double bottom mingguan telah pun ditetapkan pada 0.6156, maka ia akan menjadi satu tindakan yang sangat menguntungkan kepada para pedagang dengan mengambil pesanan membeli di atas tahap ini untuk ujian semula harga oada tahap ini dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, tawaran membeli disyorkan diambil di atas tahap 0.6156 dengan sasaran berada pada tahap 0.6366. Selain itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan didagangkan di antara tahap 0.6260 dan 0.6444 pada minggu ini.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian:

Unjuran tahap tinggi: 0.6447 Breakout (buy stop): 0.6395 Pangsi semasa: 0.6342 Breakout (sell stop): 0.6257 Unjuran tahap rendah: 0.6160