Gambaran Keseluruhan:
Pada 9 April yang lalu, aliran penurunan telah dilanjutkan ke arah tahap 1.4550 dimana dasar rendah harian telah pun dicecah. Inilah lokasi dimana ayunan kenaikkan yang sedang berlangsung dimulakan.
Ayunan kenaikkan yang seterusnya melanjutkan kenaikkan hingga kepada tahap 1.5750-1.5800,yang menyediakan pedagang dengan beberapa kemasukkan sah yang baru (ditunjukkan dengan anak panah warna merah).
Baru-baru ini,tekanan kenaikkan yang kuat telah pun dikenakan terhadap tahap rintangan sekitar 1.5800 melalui ayunan menaik semasa.
Inilah sebab mengapa, tahap rintangan pada 1.5800 telah ditembusi secara sementara. Maka,kenaikkan GBP/USD bersambung ke arah 100% Fibonacci Expansion terletak sekitar 1.5900 dimana corak Head and Shoulder yang ditunjukkan telah disahkan.
Tahap sokongan 1.5555 telah ditembusi pada penghujung bulan lalu disebabkan oleh tekanan penurunan ketara yang bermula pada tahap 1.5800.
Kemasukan pesanan MENJUAL yang sah dicadangkan disekitar tahap 1.5780-1.580. Ia kini sedang berlangsung untuk keuntungan.
Tahap sokongan yang paling hampir untuk menemui pasangan mata wang GBP/USD didapati terletak pada tahap 1.5250 di mana Urusniaga BELIAN berkemungkinan akan ditawarkan semasa ujian semula harga.
Kegigihan harga di bawah zon 1.5450 (had yang lebih rendah pada penembusan julat pengukuhan) dan tahap 1.5350 (Dasar Mingguan Semasa) adalah penting untuk mengekalkan momentum penurunan harga.
Satu lagi kemasukan MENJUAL berkemungkinan akan ditawarkan pada ujian semula harga pada tahap rintangan baru-baru ini di tahap 1.5470 (had yang lebih rendah daripada kadar penyatuan sebelumnya) jika penarikan semula kenaikan harga berlaku tidak lama lagi.