Analisis Teknikal USDX untuk 07 September, 2015

Indeks Dolar AS kekal didagangkan dalam aliran jangka pendek sebagaimana harga masih mengukuh di atas petunjuk sokongan jangka pendek. Walau bagaimanapun, ketidakupayaan untuk membuat pergerakkan menaik yang kuat selepas tahap tinggi baru jangka pendek adalah merupakan isyarat untuk penurunan harga.

Garis hijau - rintangan

Indeks Dollar Amerika Syarikat kini sedang didagangkan dalam aliran jangka pendek positif kerana harga bergerak ke arah tahap yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi di atas Ichimoku Cloud. Walau bagaimanapun, Indeks dolar perlu menembusi di atas garis aliran rintangan hijau untuk membantu kenaikkan harga mendominasi aliran pasaran.

Garis merah - rintangan

Garis hijau - Sokongan

Indeks US Dollar gagal untuk menembusi di atas rintangan Kijun-sen. Aliran kenaikkan harga pada carta mingguan perlu menutup di atasnya untuk mendapatkan momentum dan seterusnya menguji garis arah aliran rintangan. Jika tidak, Indeks dolar akan ditolak dengan kuat tidak lama lagi yang mana ia berpotensi untuk mendorong harga bergerak menuju ke arah sokongan cloud mingguan pada tahap 94.50. Lebih banyak masa berlalu maka lebih rendah kebarangkalian untuk harga bergerak lebih rendah ke arah 92. Itulah sebabnya sasaran penarikan semula harga terletak di tahap 94.50