USDX analisis teknikal bagi 8 September 2015

Indek Dolar As telah ditolak pada rintangan garisan aliran yang ditunjukkan dalam analisis semalam dan ditolak ke arah sokongan cloud pada 95.70.Jika indek Dolar menembusi bawah sokongan 95.60 kita menjangkakan penolakkan yang lebih rendah ke arah 95.Jikalau tidak,rintangan pada 96.40 akan diuji.

Garisan hijau-rintangan

Indek dolar As sedang didagangkan atas sokongan cloud dan bawah rintangan garisan aliran hijau.Kita telah pun melihat penolakkan awal daripada garisan aliran rintangan dan penarikkan balik ke arah sokongan telah pun diletakkan sekarang.Kita percaya bahawa ianya adalah lebih sesuai untuk menyambung pergerakkan rendah ke arah 95 tetapi jika kita menembusi atas garisan aliran hijau,maka pembetulan yang kecil akan disempurnakan dan pergerakkan kenaikkan yang baru akan bermula.

Garisan merah - rintangan

Garisan hijau - sokongan

Carta mingguan kekal didalam kadar dagangan flag menaik.Harga masih lagi berada diatas Ichimoku cloud tetapi bawah kijun-sen mingguan (garisan kuning) rintangan.Sokongan mingguan dijumpai pada 94.50-94.Rintangan dilihat pada 97.80.Kita akan kekal neutral menunggu peluang untuk mendapatkan isyarat daripada arah pada penembusan.