Emas: analisis untuk 08 September, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar di sekitar tahap $ 1,120.00. Aktiviti pasaran yang rendah diperhatikan dalam pasaran hari ini. Kami kini sedang menunggu untuk aktiviti pasaran yang lebih besar dan jumlah yang lebih tinggi. Sepertimana yang telah kami ramalkan, harga dilihat telah menguji semula tahap $ 1,117.00, yang ditetapkan di kawasan sokongan kuat. Berdasarkan kepada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat bar bekalan penurunan harga pada jumlah di bawah purata (tiada bekalan). Sokongan yang kuat ditemui terletak pada tahap $ 1,117.50. Jika harga berjaya menembusi tahap sokongan ini, maka harga akan menemui sokongan kedua di sekitar tahap $ 1,085.00. Menurut kepada carta 1H, kita dapat lihat isyarat kenaikkan harga pada sebelum ini (menguji bekalan pada jumlah yang tinggi). Walau bagaimanapun, kami mendapati jumlah 'Stoping volume' pada sebelum ini. Trend urusniaga harian adalah neutral.

Titik Pangsi Fibonacci Harian:

Tahap Rintangan:

R1: 1,123.00

R2: 1,125.45

R3: 1,129.00

Tahap Sokongan:

S1: 1,116.00

S2: 1,114.50

S3: 1,110.00

Cadangan Perdagangan: Pasaran didagangkan neutral. Para pedagang disyorkan untuk menunggu sehingga terdapat arah aliran harga yang jelas untuk mengesahkan aliran harga yang seterusnya. Sokongan kuat didapati terletak berhampiran pada tahap $1,117.00.