Analisis Teknikal AUD/USD untuk 08 September, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Sokongan untuk pasangan maat wang AUD/USD didapati terletak pada tahap 0.6907 yang bertepatan dengan 'double bottom'. Berdasarkan kepada carta 1H, nisbah 38.2% tahap anjakan Fibonacci mewakili garisan rintangan yang kita lihat pada 8 September 2015. Selain itu, ia harus diperhatikan bahawa rintangan utama akan ditetapkan pada tahap 0.7061 pada hari ini. Oleh itu, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan bergerak di antara tahap rintangan (0.7061) dan sokongan (0.6907) minggu ini. Sebagaimana peraturan, sejarah mungkin akan berulang pada tahap harga ini sekali lagi. Oleh itu kami meramalkan julat dagangan 154 pips. Oleh itu, jika arah aliran harga ini gagal untuk menutup di bawah tahap 0.8642, maka ia akan menjadi satu peluang yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6907 dengan sasaran pertama diletakkan pada 0.7003. Oleh yang demikian, harga diramalkan akan melanjutkan kenaikkan menuju ke arah tahap 0.7062 (tetapi tahap 0.7062 akan mewakili nisbah 38.2% tahap Penarikan semula Fibonacci. Atas sebab ini, ia akan bertindak sebagai rintangan yang kuat semasa sesi dagangan yang akan datang). Stop loss harus sentiasa diambil kira kerana ia tidak boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh yang demikian, lokasi yang terbaik untuk menetapkan stop loss anda adalah di bawah tahap 0.6907 (double bottom dalam carta 1H dan 4H).