Ringkasan Teknikal:
Kenaikkan harga daripada rendah 132.19 kini adalah lebih kuat daripada yang dijangkakan, persoalannya adakah gelombang 2 telah berakhir pada tahap 132.19 atau kita hanya melihat gelombang yang lebih rendah Y? Kemungkinan untuk tahap tinggi S/H/S kini juga berisiko untuk pembatalan. Jika kenaikkan harga ini ditamatkan atau menutup berhampiran dengan penamatan berhampiran tahap 134.75 untuk menembusi di bawah sokongan 133.97 dan yang lebih penting di bawah tahap sokongan 132.95, kita perlu menjangkakan perubahan ayunan harga ke arah gelombang X dan penurunan harga yang lebih rendah lagi ke bawah tahap 132.19. Sebaliknya, penembusan harga yang jelas di atas tahap rintangan 135.80 akan memihak kepada gelombang 2 diatas 132.19 dan kenaikkan harga impulsif yang baru, kini sedang berlaku.
Cadangan Perdagangan:
Stop Loss yang terletak pada tahap 134.00 telah dicapai. Kami akan menjual EUR sekali lagi dari sini iaitu pada tahap 134.53 dengan Stop loss berada pada 134.85.