Harga emas terus untuk didagangkan atas sokongan pada $1,117.Selagi ianya tidak menembusi dibawahnya,kenaikkan masih lagi mempunyai peluang untuk membawa harga ke arah $1,170 semula.Harga emas berada diatas sokongan kritikal dan masih lagi tidak terdapat isyarat jual pada carta.
Garisan hijau - sokongan
Garisan hitam - rintangan
Harga sedang berada dibawah garisan aliran condong yang menurun warna hitam.Penembusan atas $1,125 kemungkinan akan menolak harga ke arah $1,135 dimana rintangan Ichimoku cloud dijumpai.Penembusan bawah $1,117 akan membawa lebih banyak jualan dan menolak harga dengan lebih rendah ke kawasan bawah $1,100.
Carta mingguan kekal menurun.Selepas penolakkan pada 61.8% anjakkan,harga bergerak bawah tenkan-sen indikator mingguan (garisan merah).Harga emas sekarang berada pada garisan sokongan jangka masa sederhana yang penting.Penembusan bawah kawasan $1,117 kemungkinan akan menolak harga ke tahap rendah yang sebelumnya telah dicecah pada musim panas.