Gambaran makro global untuk 10/09/2015:
Keputusan mengenai kadar Bank of England (BoE) dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini jam 11:00 GMT bersama-sama dengan satu lagi siri laporan fundamental penting: Penyata Kadar MPC, Minit Mesyuarat, Kemudahan Pembelian Aset dan Undian Rasmi Bank. BoE dijangka akan menetapkan kadar tidak berubah pada tahap 0.50% dengan 375bln pembelian aset, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Data yang lebih optimis akan mempengaruhi keputusan kadar dan undian aset pembelian. Walau bagaimanapun, BoE dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah sebelum mesyuarat Fed berlangsung minggu hadapan, oleh itu mana-mana perubahan akan menjadi kejutan untuk pasaran.
Pasangan mata wang GBP/USD telah sedikit terjejas akibat daripada laporan pembuatan yang mengecewakan semalam. Walau bagaimanapun, ia telah bergerak berturut-turut selama dua hari lalu selepas harga menembusi sokongan pada tahap 1.5170. Rintangan semasa ditemui terletak pada tahap 1.5425 dan sokongan dilihat berada pada tahap 15.330.