Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 11 September 2015

Beberapa bulan yang lalu,pasaran telah ditolak atas zon mingguan utama sekitar 1.5550 dalam cubaan untuk mencecah kawasan sekitar 1.5900,yang telah pun menyediakan bukti rintangan untuk pasangan GBP/USD.

Untuk tempoh beberapa minggu,graf mingguan yang berturut-turut telah pun menghasilkan isyarat yang bertentangan.

Graf mingguan yang sebelumnya atas 1.5500 menghalang penurunan selanjutnya yang boleh berlaku dan meningkatkan arah kenaikkan pada pasaran ke arah 1.5670 (ketinggian mingguan sebelumnya) dan 1.5780 (61.8% tahap Fibonacci).

Graf mingguan semasa hadir sebagai penyelubungan penurunan,ditutup bawah tahap 1.5450 (neckline Head and Shoulder).

Ini meningkatkan lagi arah penurunan pada pasaran didalam jangka masa panjang.Untuk corak pembalikkan,sasaran unjuran yang hampir perlu terletak pada tahap 1.5050.

Didalam jangka masa pendek,tahap permintaan yang terhampir untuk bertemu pasangan GBP/USD adalah terletak sekitar 1.5200.

Baru-baru ini,ianya bertepatan dengan tahap permintaan yang menonjol yang menghalang penurunan mingguan yang selanjutnya dimana penyelubungan kenaikkan mingguan semasa dimulakan.

Beberapa bulan yang lalu,zon 1.5800-1.5880 bertindak sebagai bekalan yang ketara.Ianya menyediakan kemasukkan jual yang sah beberapa minggu yang lalu.Semua T/P berjaya dicecah.

Sebaliknya,tahap 1.5550,yang sepadan kepada 50% tahap Fibonacci dan tahap tinggi yang menonjol sebelumnya,telah berjaya membolehkan penurunan selanjutnya ke arah 1.5350 dimana dasar kenaikkan diwujudkan.

Bekalan/rintangan yang menonjol sekitar tahap 1.5770 (61.8% tahap Fibonacci yang menonjol) dimana right shoulder pada corak pembalikkan penurunan ditunjukkan.

Inilah sebab mengapa kemasukkan jual yang sah dicadangkan pada ujian semula pada 1.5770 tiga minggu yang lalu.Kebanyakkan sasarannya telah pun berjaya dicecah.

Tambahan pula,pergerakkan penurunan sebelumnya menjumpai jalan ke arah tahap 1.5200 (Tahap Permintaan yang Menonjol) dimana bukti penolakkan kenaikkan ditunjukkan (dua penyelubungan kenaikkan semasa graf Harian).

Cadangan perdagangan:

Jika penarikkan balik kenaikkan semasa bertahan atas tahap 1.5300,penolakkan penurunan perlu dijangkakan sekitar zon 1.5450-1.5500 (zon rintangan semasa).

Tahap T/P untuk diunjurkan adalah ke arah 1.5200 kemudian 1.5050.S/L perlu diletakkan atas 1.5600..