Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga disokong oleh garis arah aliran menaik. Pasangan mata wang ini juga telah disokong oleh garis arah aliran menaik sejak 8 September lalu untuk mencari tahap harga yang lebih tinggi. Kedua-dua kenaikan pada tempoh purata pergerakkan urusniaga harian 20 dan 50 telah mengekalkan kecenderungan kenaikan harga. RSI urusniaga harian adalah positif. Kenaikan harga yang seterusnya dijangka dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan harga ditetapkan pada tahap 186.45 pada mulanya. Penembusan harga di atas tahap harga ini akan memanggil kenaikkan yang selanjutnya ke arah tahap 187.40.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 186.40 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 187.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 184.10 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 183.35. Titik pangsi terletak pada tahap 185.
Tahap Rintangan: 186.40 187.40 188
Tahap Sokongan: 184.10 183.35 182.55