Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 14 September, 2015

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat telah ditarik semula daripada tahap 137.00 hari ini dan harga kini sedang didagangkan pada tahap 136.12/14. Sila juga ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini telah menolak lebih tinggi melalui garis purata pergerakkan 50. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal pada kedudukan menjual buat masa ini dengan risiko ditetapkan pada tahap 139.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 134.00/50, diikuti dengan tahap 132.00 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 139.00, diikuti masing-masing dengan tahap 140.00/141.00 dan lebih tinggi. Penurunan harga di bawah tahap 132.00 adalah diperlukan untuk mempercepatkan penurunan harga yang seterusnya.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 139.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!