Analisis Teknikal Perak untuk 17 September, 2015

Tinjauan teknikal dan persediaan carta :

Perak dilihat telah menguji $ 15.00 sekali lagi bersama-sama dengan garis rintangan purata pergerakkan 50 hari. Sila ambil perhatian bahawa garis aliran dan Fibonacci rintangan 0.618 berada hanya sekitar tahap harga $ 15.00/10. Aliran penurunan harga dijangka kekal mendominasi sehingga harga kekal didagangkan sekurang-kurangnya di bawah $ 15.60. Olehyang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 15.60. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 14.00, diikuti maisng-masing dengan tahap $ 13.00, $ 12.00, dan lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 15.60, dan diikuti oleh tahap $ 16.40, $ 17.50, dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap $ 15.50/60, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!