Pasangan mata wang USD/JPY ini telah didagangkan dalam sebuah corak segi tiga yang hampir sama, di mana pasaran ekuiti adalah sangat kuat sejak beberapa minggu yang lalu. Menjelang mesyuarat FOMC pada malam ini, saya menjangkakan kenaikkan volatiliti dan kita berkemungkinan akan dapat melihat penembusan harga di atas atau di bawah segi tiga.
Garis hitam - corak segi tiga
Pasangan mata wang USD/JPY berdagang di sekitar Ichimoku cloud dan di dalam corak segi tiga sebgaimana ia menunjukkan bahagian atas dalam carta 4-jam. Penolakan hari ini di kawasan 121 akan meningkatkan peluang pergerakkan harga di bawah cloud menuju ke tahap 119.50. Penembusan harga di bawah tahap 119 akan meningkatkan peluang bagi harga menolak ke arah tahap 118-117.
Garis merah - Sokongan
Pasangan mata wang USD/JPY kini dilihat sedang bergerak ke arah atas membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Aliran menaik masih menaik untuk dagangan jangka pendek selagi harga berdagang di atas garis sokongan arah aliran merah. Penembusan harga di bawah tahap 120.40 akan memberikan kita isyarat jualan jangka pendek. Peningkatan volatiliti pasaran adalah diramalkan pada malam ini, oleh yang demikian, para pedagang perlu sangat berhati-hati dan diramalkan akan terdapat perubahan harga besar yang akan hilang dengan mudah.