Gambaran makro global untuk 22/09/2015:
Indeks harga rumah di Australia telah dikeluarkan pada awal hari ini menunjukkan peningkatan ketara dalam harga rumah. Pasaran meramalkan sebanyak 2.5% q/q (8.0% y/y) meningkat daripada 1.6% q/q (6.9% y/y) pada suku lalu, walau bagaimanapun bacaan sebenar mencatatkan sebanyak 4.7% q/q (9.8% y/y). Ini bermakna bahawa tekanan inflasi dalam ekonomi Australia telah meningkat, yang mana ia secara langsung akan memberikan tekanan ke atas keputusan RBA mengani kadar faedah untuk tempoh masa terdekat.
Pasangan mata wang AUD/USD telah bertukar arah daripada kawasan rintangan di antara tahap 0.7234 dan 0.7284. Kini harga sedang berdagang kembali ke dalam saluran emas. Sokongan harian utama yang pertama terletak pada tahap 0.6905.